Wednesday, April 6, 2011

‎"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

‎"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."...apa yang kamu tahu tentang sebuah peluang??ada sesetengah orang menganggap sebuah peluang itu something yang tidak ada apa2...nothing!..biar je peluang itu berlalu...cuba renungkan...kalau kamu ade peluang untuk berjaya..kenape kamu harus lepaskan??ada peluang untuk menjadi orang yang disangjung..menjadi peluang untuk kamu berjaya..kenapa tidak gunakan peluang itu seadanya??truly from my heart...peluang itu dianggap sebagai satu rezeki...satu kurniaan..dimana...kamu tolak peluang..seolah2 kamu menolak rezeki...jangan menolak rezeki...Allah marah!! melainkan rezeki itu datang dari bende yang haram...renungkan..ape maksud peluang di hati kamu...kamu berdoa pada Allah...Ya Allah Ya Tuhanku..jadikan lah aku kaya..murahkan lah rezeki ku Ya Allah...duit satu juta...xakan datang sedebuk jatuh depan kamu..cek kosong satu juta tidak akan datang melayang-melayang depan kamu..TIDAK AKAN!! Allah akan kurniakan doa dan keinginan kamu dalam bentuk peluang...kerana peluang itu rezeki...hanya dekat kamu je...nak atau tidak...tidak ke kamu anggap peluang itu satu rezeki??nak ke kamu tolak rezeki??...dalam dunia ni..ade 3 jenis manusia...

1)Orang yang dapat peluang...dia lepaskan...
2)Orang yang dapat peluang...dia pikir2..dia kata betol2...tapi dia lepaskan...
3)Orang yang dapat peluang..dia ambik peluang e2...(inilah orang yang hebat!!)

Golongan yang pertama...orang yang dpat peluang..dia lepaskan...memang sah-sah la dia ni...orang yang menolak rezeki...memang macam itu lar...mungkin dia pikir...peluang akan datang lagi..tape..tunggu saja...akan datang lagi...xpenahkah kamu pikir...peluang itu hanya datang sekali...datang secare tiba2 tanpe kamu sedari !!...Ya Allah..renungkan balik...ape yang kamu tolak...

Golongan yang kedua...orang yang mendapat peluang...dia angguk2..dia setuju..e2 peluang aku..tapi tidak berbuat ape2..akhir nya dia lepaskan..tidak ke same dia dengan golongan orang pertame...orang yang dapat peluang..dia lepaskan !! ok..saye letak kan diri saye pada golongan kedua...tapelah..nanti aq pikirkan...sedangkan dalam kepala...bende ini memang peluang aku...Ya Allah... tidakkah kamu sedar...Allah mahu tarik rezeki kamu sikit...akhirnya..habis...mungkin kamu tidak sedar..tapi itulah hakikat nya...kamu lepaskan peluang...kamu lepaskan pintu rezeki kamu...dan disebabkan terlalu lama kamu berfikir...Allah telah menarik peluang kamu kembali...menarik rezeki kamu kembali...renung2kan lah...ade hikmah disebalik kejadian yang sedang berlaku... =)

Golongan yang ketiga...orang yang mendapat peluang...dia ambik peluang itu...kerana dia yakin..itulah peluang aku...itulah pintu rezeki aku...Ya Allah...betape rasional nya orang ini...betape hebat nya dia...dan orang inilah golongan yang berjaya..insyalah.. =)

Hurm...mungkin kita penah berfikir sejenak...inilah peluang aku..tapi..cara mencapai nya agak-agak susah...tapi ingat..jangan sebab kesusahan peluang kita tertutup..pintu rezeki kita tertutup...tiada benda yang kita lakukan...tiada kesusahan dahulu !!..tiada kesusahan..kalau mahukan kesenangan..nothing is impossble..cuma kita sahaja...nak ataupun tidak...itu sahaja...dan yang paling penting..usaha...tiada usaha..tiadalah hasil nya...amboi...senag idup ko...goyang-goyang kaki...kaya ek...heyh!!!pikir balik...sebelum dia goyang kaki..dia susah tidak??susah!! ...dan akhir nya dia senang...klw ko pikir...susah-susah lar...heyh!!selama ni ko hidup dalam kesusahan boleh je ko hidup...kenape sekarang...ko bersusah-susah dahulu....untuk bersenag kemudian..ko xnak lakukan!!apa itu~ ..bukak mata..renungkan semule...kita ni...kena ade keinginan..baru berjaya....aku kasi contoh...untuk orang yang susah nak beri keyakinan untuk dia lakukan...EXAM!!penah xberfikir...sem ni susah r...aku xboleh pegi lar sem ni...last2 kamu usahe...kamu dapat x??dapat..last2 lepas jugak kan sem tu...see??di mana ade kemahuan disitu ade jalan actly...

Kita pergi pulak kepada golongan yang..cukuplah apa aku ade...kenape nak susahkan diri...ingtlah wahai kamu...bersyukur lah ape kamu ada sekarang...tapi jangan penah berpuas hati dengan apa yang kamu ade sekarang..kerana kamu tidak tahu ape akan berlaku esok...mungkin family kamu nak buat operation...perlukan duit...cukup ke duit kamu sekarang klw kamu bertangguh dan hanya berkata , cukuplah aku ada sekarang ?? ingtlah..kita tidak tahu kita dimana sekarang...dunia umpama roda...sekejap kita diatas...sekejap kita dibawah...jangan penah kufur nikmat yang kita ada sekarang...itu salah...renung2kan ape dalam fikiran kamu..dan dimane kamu dalam golongan kamu...insyalah...peluang dah terdampar depan mate...hanya tunggu kesungguhan kamu sahaja..nak ataupun tidak rebut peluang itu..doa2kan kite berjaya..=) ..insyallah...

Sunday, February 13, 2011

'AKU'

JadilaH Lelaki

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,


Yang sentiasa mengingati mati,


Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,


Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,


Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,


Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,


Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,


Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Friday, February 11, 2011

"DOA KU"

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

AMIN.

Aku Ingin Berubah


Aku berfikir sejenak di dalam lubuk hati...bagaimana aku terjalin dengan dosa2 ni...bagaimana ia terjadi dan menyelubungi kehidupan aku pada masa ini...aku redha~...aku telah berubah .. tapi tahukah aku berubah ke arah mana??Mengapa aku berubah tidak seperti dia...semakin hari..semakin berjaya mendekatkan diri nya pada ya Esa...tp aku??Kemanakah perubahan aku...???Kemanakah perubahan aku pergi??

Aku menampakkan diri aku kepada nyer..tapi adakah itu ikhlas dihati??atau...hanya takut semata2??Aku telah jauh dari mu Ya Allah~..terlalu jauh..ibadah ku??solat ku..adakah diterima mu Ya Allah..atau..hanye sekadar takut sesuatu terjadi kepada aku..ikhlas kah aku ini??
Aku ingin menjadi seorang yang matang..tp matangkah aku dengan menilai segala perbuatan aku ini?..Matangkah aku dengan berfikir hanye untuk diri sendiri?Bersifat matang kah aku dalam setiap perbuatan yang aku lakukan ini..atau aku hanya menunjuk macho dihadapan rakan2 ku ini??

Berfikir sejenak didalam hati...aku patut malu dengan perbuatan ku ini...takut itu tidak menjadi masalah..cuma keikhlasan hati itu perlu ade dalam hati ini..berubah Syah..berubah..itu yang terbaik untuk diri kamu...tunjukkan kehebatan kamu Syah...bukan kelemahan kamu...mereka akan memandang tinggi akan kamu seandai nya...kamu lebih matang dari mereka..

Insyalah =)


KISAH NABI SULAIMAN DAN RATU BALQIS

"APABILA ratu itu sampai tanyakan, apakah takhtamu serupa ini?" Jawab ratu, "Seolah-olah inilah dia. Dan kepada kami telah diberikan pengetahuan sebelum ini, dan kami adalah orang-orang yang tunduk kepada Tuhan. (an-Naml: 42)

RATU Balqis terpaksa datang mengadap Nabi Sulaiman di istana bagi menyelamatkan diri dan kerajaannya. Ini kerana Nabi Sulaiman bersama bala tenteranya berjanji untuk memerangi Ratu Balqis sekiranya dia enggan beriman kepada Allah SWT.

Maka Ratu Balqis bersama pembesar-pembesar berangkat menuju ke istana Nabi Sulaiman. Setelah sampai di hadapan istana Nabi Sulaiman, Ratu Balqis berasa bingung dan ragu-ragu kerana istana Nabi Sulaiman menyerupai istananya.

"Wahai Balqis, adakah istana aku ini sama dengan istanamu di Saba'?," tanya Nabi Sulaiman kepadanya.

"Memang bentuk istana ini menyerupai istana aku," jawab Ratu Balqis.

"Ini adalah istanamu, aku membawa istanamu ke mari dengan mudahnya kerana Allah SWT telah memberi pengetahuan kepada aku. Sesungguhnya aku tunduk dan beriman kepada-Nya."

"Aku yakin ini adalah istanaku," jawab Ratu Balqis lagi.

Kemudian, Ratu Balqis dipersilakan masuk ke dalam istana yang lantainya diperbuat daripada kaca yang putih bersih, rata dan licin. Di bawahnya dialirkan air sehingga nampak seakan-akan lantai istana itu penuh dengan air.

Ratu Balqis pun masuk ke dalam istana Nabi Sulaiman. Ketika berjalan masuk ke dalam istana itu, Ratu Balqis menyingkap kainnya agar tidak membasahi gaun yang dipakai sehingga menampakkan kedua-dua betisnya. Dia menyangka lantai istana itu dipenuhi dengan air.

"Tidak usahlah kamu menyingkap kainmu itu. Lantai itu bukannya dipenuhi dengan air tetapi ia diperbuat daripada kaca yang sangat nipis dan licin. Oleh kerana itulah ia nampak berkilau-kilauan seperti adanya air," kata Nabi Sulaiman.

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiayai diriku sendiri dengan menyembah matahari. Aku telah tersesat dan melalaikan nikmat yang diberikan oleh-Mu. Ampunilah diriku ini. Kini aku tunduk kepada-Mu dan berserah diri kepada Sulaiman, nabi-Mu dengan penuh keyakinan. Kasihanilah diriku wahai Tuhanku sekelian alam. Sesungguhnya hanya Engkaulah yang berhak disembah," kata Ratu Balqis.